Pada 8 Ogos 2024 (Khamis), telah diadakan sesi perjumpaan dan perbincangan dengan Pegawai Daerah/Tanah Kuala Selangor mengenai Rumah Kerajaan di alamat nombor 232 dan 233, Jalan Dato' Hamzah off Jalan Tanjong Keramat yang disewa oleh pihak Persatuan. Sesi perbincangan dan perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Pegawai Daerah, Tingkat 2, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, dari jam 9:10 hingga 9:50 pagi.
Turut hadir dalam sesi perbincangan dan perjumpaan itu adalah Pegawai Daerah M54, Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, serta Ketua Penolong Pegawai Daerah (PTD) M48, En Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri.
Mewakili Persatuan, hadir Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, serta En Saidon bin Mohd Sadik selaku Pengurus Rumah.
Mewakili Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor, hadir Pn Fazlina bt Sudin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), dan En Adafi bin Ramli, Pensyarah Pengajian Am.
Manakala, mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor ialah YM Raja Muhamad Azizi bin Raja Isa, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, dan Pn Rabi'atul'Adawiyah binti Ahmad Zairi, Pembantu Tadbir (P/O) N22, kedua-duanya dari Sektor Pengurusan, Unit ICT dan Pentadbiran Am.
No comments:
Post a Comment