Pengguna telefon pintar - sila paparkan telefon Anda dalam kedudukan melintang.
Semua Warga Pesara Pendidikan Daerah Kuala Selangor dan Ahli Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Kuala Selangor bersama isteri / suami, ibu bapa serta ahli keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, dan seluruh ahli masyarakat yang berumur 60 tahun ke atas, adalah dipersilakan hadir beramai-ramai membuat saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Tanjong Karang, pada 6 Julai 2024 (Sabtu) bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Program Saringan Percuma:
- Pemeriksaan Kesihatan,
- Saringan Mental,
- Program Intervensi Berkala,
- Saringan Jatuh,
- Saringan Kekuatan Otot, dan,
- Saringan Kebolehupayaan Kecergasan.
- Khas kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas sahaja.
- Makanan disediakan untuk para peserta.
- Percuma getah senaman!
Jom pakat datang beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment