Program Sambutan Ma'al Hijrah Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024M/1446H. Program diadakan pada 11/07/2024 (Khamis) bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, bertempat di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang. Anjuran bersama Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Negeri Selangor dan Daerah Cawangan Gombak Baharu serta Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang.
Di program tersebut telah diadakan Forum Ma'al Hijrah yang bertajuk "Hijrah Mencari Redha Allah", bersama Panel Jemputan iaitu Ustaz Yusri bin Ariffin, seorang Penceramah Bebas bertauliah JAIS sekitar Lembah Klang, Penceramah Motivasi Remaja dan Pembimbing Haji dan Umrah.
Seorang lagi Panel Jemputan ialah Ustaz Eddyanto bin Sutijo, Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Manakala Moderatornya, Encik Kamarul bin Jamaludin, merupakan lepasan Madrasah Al-Aminiah Bertam Tahfiz Vokasional, Makmawiah Ad-Diniah Changwat Pattani, Madrasah Manabiul Ulum Kampung Kubang Ulu Butterworth Pulau Pinang dan Al-Azhar University Kaherah Mesir.
Turut hadir dan memberikan ucapan perasmian ialah Tuan Hj. Muhammed Adzhar bin Alias, Yang Dipertua 5PM Negeri Selangor merangkap Pengerusi 5PM Daerah Cawangan Kuala Selangor, serta Encik Mohamad Alwan bin Ginen, Pengerusi 5PM Daerah Cawangan Gombak Baharu selaku Tuan Rumah serta Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Daerah Cawangan seluruh Negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment