
Pada 2/07/2024 (Selasa) jam 2:30 petang; Pengerusi, Naib Pengerusi I, Setiausaha, Penolong Setiausaha II, Ahli Jawatankuasa merangkap Setiausaha Biro Kebajikan, dan beberapa Ahli Jawatankuasa Persatuan, telah melakukan Kunjung Kasih Hormat ke atas balu Allahyarham Cikgu Rahmat bin Siraj, iaitu Puan Rosnani bt Hamzah, bertempat di No. 12, Lorong Teratai 2/14, Bandar Baru, Kuala Selangor.
Selain menyumbang sedikit wang tunai khairat tanda kasih simpati, turut menerima semula fail-fail persatuan yang ada pada Allahyarham, yang sebelum ini Allahyarham adalah merupakan seorang Setiausaha Persatuan sebelum dilantik sebagai Naib Pengerusi I pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan pada 24/04/2024 yang lalu.
No comments:
Post a Comment