Mesyuarat khas ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara penting, termasuk:
1. Penetapan Takwim Tahunan – Penyusunan aktiviti tahunan Daerah Cawangan.
2. Perancangan Majlis Mesra Aidilfitri – Persiapan awal bagi penganjuran Majlis Mesra Aidilfitri Negeri yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2025.
3. Perbincangan Kes Saman Pelarasan Pencen – Perkembangan terkini mengenai kes saman pelarasan pencen pesara Aminah Ahmad serta tindakan susulan yang perlu diambil oleh persatuan.
Tarikh: 28 Februari 2025 (Jumaat)
Masa: 3:00 - 5:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Bangunan WI Daerah, Jalan Malawati, Kuala Selangor
---
Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Tn. Hj. Kamaruddin b Mohd Diah, Setiausaha 5PM Selangor, serta Pn. Hjh. Siti Zaiton bt Selamat, Bendahari 5PM Selangor, yang sudi meluangkan masa untuk bersama dalam mesyuarat ini.
Semoga mesyuarat ini membawa manfaat dan memperkukuhkan lagi usaha persatuan dalam membela kebajikan pesara pendidikan.
No comments:
Post a Comment