Pada 27 Januari 2025 (Isnin), jam 10:00 pagi bertempat di Pejabat 5PM Cawangan Negeri Perlis - Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Kangar, Perlis
Tujuan:
Kolaborasi antara 5PMDC Kuala Selangor dan 5PMCN Perlis bertujuan untuk mengukuhkan rangkaian kerjasama antara cawangan-cawangan persatuan di pelbagai negeri. Perbincangan dalam pertemuan ini akan memberi tumpuan kepada pengukuhan program kebajikan serta peningkatan kesejahteraan warga emas, dengan merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada ahli. Di samping itu, pertemuan ini bertindak sebagai platform untuk pertukaran idea dan pengalaman dalam pengurusan serta pelaksanaan program-program, bagi memastikan kemajuan dan kelestarian persatuan secara keseluruhan.
Semoga pertemuan ini dapat mempereratkan hubungan antara 5PM Cawangan Negeri Perlis dan 5PM Daerah Cawangan Kuala Selangor, serta memberi impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat setempat melalui pelaksanaan aktiviti yang berkesan dan bermakna.
No comments:
Post a Comment