Friday, August 30, 2024

Dirgahayu Malaysia, Salam Kemerdekaan Yang Ke-67!




Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-67!

Di Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Kuala Selangor, kami merayakan semangat ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ dengan komitmen untuk keunggulan kesejahteraan dan "Berkhidmat Sepanjang Hayat".

Bersama, kita bersatu menuju kegemilangan: Merdeka untuk Malaysia!
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2024!




 

Wednesday, August 28, 2024

Program santai sarapan bulan Ogos 2024


Program santai sarapan bulanan bersama ahli Kelab Pesara Guru Besar Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh En Zainon b Kassim di Restoran Dinding Gelas Besar, Batu 5, Sungai Tunggul, Kampung Sungai Yu, Tanjung Karang pada 28 Ogos 2024 (Rabu).

Monday, August 26, 2024

Majlis Apresiasi dan Hi-Tea 5PM Daerah Cawangan Kuala Selangor 2024



















Pada 25 Ogos 2024 (Ahad) jam 3:00 - 5:00 petang, bertempat di Dewan Ballroom Sunflower World Hotel, Pasir Penambang Kuala Selangor telah diadakan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea, Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Kuala Selangor.

Majlis disempurnakan oleh Tetamu Kehormat iaitu Tuan Haji Mohammad Faisal Bin Ismail, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad.

Pada majlis tersebut telah diadakan majlis penyampaian cenderamata dan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa 2022 - 2024, dan menyampaikan tauliah kepada Ahli Jawatankuasa 2024 - 2026.

Penyampaian cenderamata dan penghargaaan juga diberikan kepada mantan Ketua Pegawai PPD Kuala Selangor yang telah bersara, atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan ketika bertugas di Daerah Kuala Selangor pada masa lalu, "Jasamu dikenang".

Antara tetamu jemputan adalah, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor, juga tidak dilupakan Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah-Daerah Cawangan dalam Negeri Selangor.

Saturday, August 24, 2024

Selamat Hari Wanita Kebangsaan 25 Ogos 2024

 


Seluruh Warga Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Daerah Cawangan Kuala Selangor mengucapkan Selamat Hari Wanita Kebangsaan kepada seluruh Wanita walau di mana sahaja berada.

“Wanita Dijulang Negara Gemilang”



Thursday, August 15, 2024

Kunjung kasih ke atas ahli persatuan yang sakit


Pada 14/08/2024 (Rabu) jam 4:30 petang; Pengerusi Hj Muhammed Adzhar bin Hj Alias, Setiausaha En Shamsuddin bin Hj Abu Abas, dan Setiausaha Biro Kebajikan Hj Misrat bin Kardi, telah melakukan kunjung kasih hormat dan bertanya khabar ke atas Tuan Mohd Yusop bin Mohd Diah, ahli berdaftar Persatuan, merangkap mantan Pengarah Pendidikan (pertama) Jabatan Pendidikan Putrajaya, mantan Timbalan Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan mantan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah di Kuala Selangor, bertempat di No. 19 & 21, Jalan 1, Taman Seri Kuantan, Kampung Kuatan, Kuala Selangor.

Kami mendoakan agar beliau segera sembuh dan sihat wal'afiat seperti sediakala. Aamiin.

 

Lawatan tapak ke Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa


Pada 14/08/2024 (Rabu) jam 3:30 petang hari, lawatan tapak ke Dewan Rafulin, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Batang Berjuntai telah diadakan, bagi melihat sendiri suasana dewan di mana akan berlansungnya Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor diadakan.

 

Melawat tapak ke Sunflower Worlds Hotel, Pasir Penambang


Pada 13/08/2024 (Selasa) jam 1:00 tengah hari, lawatan tapak ke Sunflower Worlds Hotel di Pasir Penambang, Kuala Selangor telah diadakan bagi melihat suasana dewan ballroom tempat di mana Majlis Apresiasi & Hi-Tea peringkat Daerah akan diadakan.

 

Mesyuarat Khas Majlis Apresiasi Hi-Tea Daerah dan Mesyuarat Agung Dwitahunan Negeri


Pada 13/08/2024 (Selasa) jam 10:45 pagi, telah diadakan Mesyuarat Khas AJK Persatuan bagi memperincikan Majlis Apresiasi dan Hi-Tea Daerah yang akan diadakan pada 25/08/2024, dan juga bagi menghadapi Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Negeri pada 8/09/2024. 

 

Urusan pembukaan Akaun Semasa di Public Bank, Kuala Selangor


Pada 13/08/2024 (Selasa) Jam 9:50 pagi, telah diadakan urusan pembukaan akaun semasa Persatuan di Public Bank Kuala Selangor, namun ada satu perkara lagi syarat yang perlu disediakan Persatuan untuk urusan tersebut.

 

Perjumpaan dengan Pengarah Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz


Pada 13/08/2024 (Selasa) jam 9:15 pagi, telah diadakan perjumpaan dengan Pengarah Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz berkenaan hasil perjumpaan dengan Pegawai Daerah / Tanah Kuala Selangor pada 8 Ogos 2024 yang lalu.

 

Thursday, August 8, 2024

Perjumpaan Bersama Pegawai Daerah Kuala Selangor




Pada 8 Ogos 2024 (Khamis), telah diadakan sesi perjumpaan dan perbincangan dengan Pegawai Daerah/Tanah Kuala Selangor mengenai Rumah Kerajaan di alamat nombor 232 dan 233, Jalan Dato' Hamzah off Jalan Tanjong Keramat yang disewa oleh pihak Persatuan. Sesi perbincangan dan perjumpaan tersebut diadakan di Bilik Pegawai Daerah, Tingkat 2, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor, dari jam 9:10 hingga 9:50 pagi.

Turut hadir dalam sesi perbincangan dan perjumpaan itu adalah Pegawai Daerah M54, Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, serta Ketua Penolong Pegawai Daerah (PTD) M48, En Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri.

Mewakili Persatuan, hadir Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, serta En Saidon bin Mohd Sadik selaku Pengurus Rumah.

Mewakili Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor, hadir Pn Fazlina bt Sudin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), dan En Adafi bin Ramli, Pensyarah Pengajian Am. 

Manakala, mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor ialah YM Raja Muhamad Azizi bin Raja Isa, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, dan Pn Rabi'atul'Adawiyah binti Ahmad Zairi, Pembantu Tadbir (P/O) N22, kedua-duanya dari Sektor Pengurusan, Unit ICT dan Pentadbiran Am.

Wednesday, August 7, 2024

Mesyuarat Khas 5PM Negeri Selangor




Mesyuarat Khas Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor telah diadakan pada 7/08/2024 (Rabu) bermula jam 10:30 pagi - 1:00 tengah hari, bertempat di Bilik Mesyuarat Bitara, SMK Raja Muda Musa, Batang Berjuntai.

Mesyuarat ini diadakan sebagai persediaan menjelang Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor yang akan diadakan pada 8 September 2024 (Ahad) bermula jam 9:00 pagi bertempat di Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa.








 

Program Intervensi Berkala Penuaan Sihat Warga Emas Siri 2



"Pemakanan Sihat Warga Emas dan Malnutrisi" oleh Dietitian @ Pakar Pemakanan, Nur Fatin Nadirah Binti Md Shakur, Klinik Kesihatan Tanjong Karang di PAWE Tanjong Karang. Khamis 1 Ogos 2024. Jam 9:00 - 11:00 pagi

Isi Penting Ceramah

  1. Perubahan Fisiologi Mempengaruhi Status Pemakanan:

    • Penuaan mempengaruhi sistem saraf, kognitif, ingatan, dan komposisi tubuh badan.
  2. Keperluan Nutrisi yang Penting:

    • Kalsium: 3 hidangan sehari untuk kesihatan tulang dan gigi.
    • Serat: 2-3 hidangan sehari untuk melawaskan perkumuhan dan mengurangkan risiko penyakit jantung/diabetes.
    • Vitamin D: Menyokong kesihatan tulang, sistem imun, dan fungsi kardiovaskular.
    • Potassium: Mengawal tekanan darah dan kekuatan otot.
    • Vitamin B12: Penting untuk pengeluaran sel darah merah dan fungsi sistem saraf.
    • Zat Besi: Mengekalkan sel darah merah dan mengelakkan anemia.
    • Cecair: Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelakkan dehidrasi.
  3. Amalan Pemakanan yang Sihat:

    • Makan makanan seimbang mengikut Piramid Makanan & Pinggan Sihat Malaysia.
    • Ambil 3 hidangan utama dan snek yang sihat.
    • Kekal aktif dan makan pelbagai jenis makanan.
  4. Malpemakanan dan Kesannya:

    • Malpemakanan boleh menyebabkan hilang otot, lemah, masalah keseimbangan, jatuh, patah, ketidakupayaan, infeksi, masa yang lama untuk sembuh, dan komplikasi penyakit.
  5. Faktor Mempengaruhi Malpemakanan:

    • Ketidakstabilan mental, masalah penglihatan, kawalan membuang air kecil, dentures/tidak upaya mengunyah, kurang deria bau dan rasa, sembelit, dan cepat kenyang.
  6. Amalan Pemakanan yang Sesuai Mencegah Malpemakanan:

    • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat untuk mencegah malpemakanan.

Mesej Utama

  • Makan 3 hidangan utama yang sihat setiap hari.
  • Makan 1-2 snek yang sihat di antara waktu makan jika perlu.
  • Makan hidangan tidak bergoreng dan tanpa santan setiap hari.
  • Makan makanan yang dimasak di rumah lebih kerap.

Malpemakanan

  • Definisi: Malpemakanan berlaku apabila tubuh mengalami kekurangan nutrisi atau berat lebihan nutrisi.
  • Fokus: Malpemakanan yang berbahaya biasanya melibatkan penurunan berat badan.
  • Pengukuran: Status pemakanan dapat diukur melalui beberapa kaedah.

Kesan Malpemakanan

  • Hilang otot/berat badan
  • Frailty/lemah
  • Masalah keseimbangan
  • Jatuh dan patah
  • Ketidakupayaan/terpaksa bergantung kepada orang lain
  • Infeksi
  • Masa yang lama untuk sembuh
  • Komplikasi penyakit/hospital admission

Faktor Mempengaruhi Malpemakanan

  1. Ketidakstabilan Mental:

    • Masalah penglihatan, kawalan membuang air kecil, dentures/tidak upaya mengunyah, kurang deria bau dan rasa, sembelit, cepat kenyang.
  2. Ketidakstabilan Mental:

    • Makan bersama keluarga/kawan dan selalu bersosial.
    • Pastikan ruang makan bersih, selesa, dan ceria.
    • Tetapkan reminder alarm untuk waktu makan.
    • Banyakkan berjalan-jalan untuk merangsang selera.
    • Hias makanan supaya menarik.
  3. Masalah Penglihatan:

    • Bantuan dalam cucuk insulin, sediakan ubat, pantau gula darah, beli barang keperluan, memasak, makan dan minum, serta pergi ke tandas.
    • Elakkan makanan mudah tercekik (tulang ikan).
    • Makanan, minuman, dan ubat harus berada pada jarak yang mudah dicapai.
  4. Masalah Kawalan Air Kecil (Inkontinen):

    • Dapatkan bantuan doktor, kurangkan kafein, atau sediakan tandas mesra warga emas seperti bekas kencing dan lampin pakai buang.
  5. Dentures/Tidak Upaya Mengunyah:

    • Pakai gigi palsu.
    • Potong kecil/cincang/kisar makanan sebelum dimasak.
    • Sediakan makanan lembut seperti bubur, puding, atau agar-agar.
    • Pilih sayur lembut dan masak sayur berubi lebih lama untuk empuk.
    • Pilih sumber protein lembut seperti tauhu, keju, dan ikan.
  6. Kurang Deria Bau & Rasa:

    • Pakai kutleri plastik, sedia/simpan makanan dalam bekas kaca/plastik.
    • Ambil makanan dan minuman masam.
    • Hidangkan makanan pada suhu yang sesuai (panas atau sejuk).
    • Guna herba/rempah-ratus bagi menambah rasa, elakkan tambahan berlebihan garam/kicap/sos.
  7. Sembelit - Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. - Makan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, dan bijirin mil penuh. - Lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan atau berkebun. - Pertimbangkan pengambilan probiotik.
  8. Cepat Kenyang - Makan dalam kuantiti kecil dan kerap. - Ambil makanan tinggi kalori. - Elakkan makanan yang menghasilkan gas seperti ubi-ubian dan kekacang. - Kunyah makanan dengan sempurna dalam suasana tenang.