Friday, February 28, 2025

Mesyuarat Khas AJK Pelaksana, 5PM DC Kuala Selangor

 














Mesyuarat khas ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara penting, termasuk:

1. Penetapan Takwim Tahunan – Penyusunan aktiviti tahunan Daerah Cawangan.
2. Perancangan Majlis Mesra Aidilfitri – Persiapan awal bagi penganjuran Majlis Mesra Aidilfitri Negeri yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2025.
3. Perbincangan Kes Saman Pelarasan Pencen – Perkembangan terkini mengenai kes saman pelarasan pencen pesara Aminah Ahmad serta tindakan susulan yang perlu diambil oleh persatuan.

Tarikh: 28 Februari 2025 (Jumaat)  
Masa: 3:00 - 5:00 petang  
Tempat: Bilik Mesyuarat, Bangunan WI Daerah, Jalan Malawati, Kuala Selangor

---

Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kehadiran Tn. Hj. Kamaruddin b Mohd Diah, Setiausaha 5PM Selangor, serta Pn. Hjh. Siti Zaiton bt Selamat, Bendahari 5PM Selangor, yang sudi meluangkan masa untuk bersama dalam mesyuarat ini.

Semoga mesyuarat ini membawa manfaat dan memperkukuhkan lagi usaha persatuan dalam membela kebajikan pesara pendidikan.

Sunday, February 23, 2025

Pemakluman Permohonan Kemasukan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

 



🔖PEMAKLUMAN

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa 
✅Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
✅Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
✅Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
✅Lepasan Program Matrikulasi 

yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2025.

📌Sila rujuk aktiviti dan tarikh penting dari masa ke semasa.

📌Permohonan akan dibuka pada
24 Februari 2025 sehingga 16 Mac 2025 (11.59 malam)

Tuesday, February 18, 2025

Menyusun Langkah untuk Majlis Mesra Raya: Perjumpaan Bersama Setiausaha Politik Menteri Kesihatan




Pada 18 Februari 2025 (Selasa) jam 3:30 petang, Yang DiPertua Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor, Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias, telah mengadakan perjumpaan di Pejabat Khidmat Rakyat YB Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor. Beliau bertemu dengan Tuan Haji Mohammad Faisal bin Ismail, Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan, bagi membincangkan beberapa perkara penting.

Antara tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menetapkan tarikh bagi Majlis Jamuan Mesra Raya yang akan dianjurkan oleh persatuan dan untuk memohon peruntukan kewangan bagi memastikan kelancaran program-program yang dirancang. Alhamdulillah, perjumpaan ini berjalan dengan lancar dan peruntukan telah diluluskan. Kini, kita hanya menunggu tarikh yang sesuai bagi YB Menteri Kesihatan untuk hadir merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir dalam perjumpaan ini adalah:
- Haji Zulkefle bin Kamaruddin, Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kuala Selangor
- Hj Mohammed Ghazali bin Hamzah, Naib Yang DiPertua I, 5PMCNS
- Hj Ishak bin Itam, Juruaudit, 5PMCNS

Semoga segala urusan dipermudahkan dan majlis ini berjalan lancar dengan sokongan penuh daripada YB Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir dan memberi sokongan dalam memastikan kejayaan perjumpaan ini.