Tuesday, September 24, 2024

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 5PMCNS Bil.1/2024-2026

 




















Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPPPPM Cawangan Negeri Selangor Kali Pertama Sesi 2024-2026 telah diadakan pada 24/09/2024 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Seksyen 4, Shah Alam dari jam 9:30 pagi hingga 12:30 tengah hari.

Antara agendanya adalah Persediaan Mesyuarat Agung Dwitahunan Peringkat Kebangsaan Sesi 2024 - 2026 yang akan diadakan di Hotel Concorde, Seksyen 9, Shah Alam pada 17 hingga 19 Disember 2024 (Selasa hingga Khamis) di mana Negeri Selangor selaku tuan rumah.

Monday, September 23, 2024

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2024/1446H Negeri Selangor








Pada 21/09/2024 (Sabtu) bermula jam 8:30 pagi hingga 1:00 petang bertempat di Masjid Jamek Pekan Kajang telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran 5PMCNS, 5PMDC Hulu Langat dengan Kerjasama Pegawai dan AJK Masjid Jamek Pekan Kajang.

Penceramah Jemputan ialah Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal Bin Rokman, Pendakwah Bertauliah Negeri Selangor. 

Mesyuarat Agung Dwitahunan 5PMCNS Ke-16 Sesi 2024 - 2026

 


















Pada 8 September 2024 (Ahad) jam 8:00 - 12:00 tengah hari, bertempat di Dewan Rafulin Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Bestari Jaya telah diadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor.

Majlis dimulakan dengan taklimat oleh pihak Bank Islam, diikuti ceramah kesihatan warga emas oleh Pn Dr Noor Harzana bt Harrun, dan kemudian diikuti dengan aktiviti senaman untuk semua hadirin.

Majlis telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat iaitu Tuan Haji Mohammad Faisal Bin Ismail, Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad.

Pada hari tersebut juga diadakan pelancaran Buletin Pesara Pendidikan Edisi 1, dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara BeVital, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwakili oleh Dr Noor Harzana binti Harrun, Timbalan Pengarah, Program Penuaan Sihat Porfolio Kesihatan Warga Emas, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Negeri Selangor, yang diwakili oleh Yang DiPertuanya, Haji Muhammed Adzhar bin Haji Alias.

Selain dari itu, aktiviti pemeriksaan kesihatan warga emas juga turut diadakan oleh pihak BeVital, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua hadirin.

Persiapan terakhir menjelang Mesyuarat Agung Dwitahunan 5PMCNS







Kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa 5PMCNS dan 5PMDCKS telah bersama-sama turun padang ke Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya mengadakan persiapan terakhir Mesyuarat Agung Dwitahunan 5PMCNS.

Pihak BeVital, KKM diketuai oleh Pn Dr Noor Harzana bt Harrun turut sama membuat persiapan terakhir bagi tujuan pemeriksaan kesihatan percuma warga emas sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan tersebut.

Wednesday, September 4, 2024

Taklimat Khas Persiapan AGM Dwitahunan Ke -16, 2024 PPPPPM Cawangan Selangor



Pada 4 September 2024 (Rabu) jam 10:00 pagi, bertempat di bangunan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Daerah Kuala Selangor, telah diadakan Taklimat Khas Persiapan AGM Dwitahunan Ke-16, 2024 PPPPPM Cawangan Negeri Selangor yang akan berlangsung pada 8 September 2024 (Ahad) bermula jam 8:00 pagi di Dewan Rafulin, SMK Raja Muda Musa, Batang Berjuntai.

Pada hari tersebut, selain Mesyuarat Agung Dwitahunan, turut diadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh pihak BeVital dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua Perwakilan dan Warga Emas yang hadir serta tinggal berdekatan kawasan sekolah. Jangan lepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan pada hari tersebut. Semoga majlis tersebut berjalan lancar dan jayanya.

Berbalik kepada majlis Taklimat pada hari ini, selain bertukar-tukar fikiran dan merangka gerak kerja bagi melancarkan perjalanan AGM Dwitahunan tersebut, turut diraikan kelahiran Ahli Jawatankuasa yang lahir pada bulan September, termasuk Pengerusi dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa. Semoga panjang umur dan sihat wal’afiat selalu hendaknya.