Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah melakukan kunjung hormat bertanya khabar pada 28/06/2024 (Jumaat) jam 10:40 pagi ke Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor dan menetapkan janji temu ke atas Pengarah Kolej pada minggu hadapannya.
"Blog ini menyediakan maklumat terkini aktiviti Persatuan bagi mengeratkan ukhuwah dan jaringan sosial pesara pendidikan."
Friday, June 28, 2024
Perbincangan mengenai Rumah Penginapan
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah bertemu Cikgu Saidon b Mohd Sadik yang menguruskan Rumah Penginapan Pelajar Kolej Tingkatan Enam pada 28/06/2024 (Jumaat), jam 10:00 pagi di Kafe Kolej Tingkatan Enam Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor.
Thursday, June 27, 2024
Program santai sarapan bulanan Jun 2024
Program santai sarapan bulanan bersama ahli Kelab Pesara Guru Besar Daerah Kuala Selangor yang diketuai oleh Tn Hj Zainon b Kassim di Warung Ketupat Kak Yan, Kampung Permatang pada 26 Jun 2024 (Rabu).
Pn Hjh Zainun bt Muskam pula berkesempatan menganyam beberapa butir ketupat pada hari tersebut.
Mesyuarat AJK Kali Pertama 2024
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali Pertama telah diadakan pada 25/06/2024 (Selasa) jam 9:30 pagi hingga 12:00 tengah hari di rumah Tn Haji Misrat b Kasdi dan Pn Hjh Siti Roslin bt Sajat.
Ceramah Penuaan Sihat Warga Emas
Ceramah Penuaan Sihat Warga Emas (Healthy Ageing for Elderly) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Parlimen Tanjong Karang, bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Parlimen Tanjong Karang pada 24/06/2024 (Isnin), bermula jam 9:00 pagi - 12:00 tengah hari.
Penceramah utama, Dr. Noor Harzana binti Harrun, Pakar Kesihatan Keluarga; beliau adalah anak perempuan kepada Cikgu Haji Harrun b Ali, Ahli Jawatankuasa 5PMDKS.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [Al-Baqarah: 156] Innalillahiwainalillahirojiun... Al-Fatihah... 🤍
Cikgu Rahmat bin Siraj, Naib Pengerusi (L) 5PMDKS telah kembali ke Rahmatullah pada 15/06/2024 di Hospital Tanjong Karang. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah (dibaca).
Mesyuarat Agung 5PMDKS Ke-16
Ahli Jawatankuasa 5PM Daerah Cawangan Kuala Selangor 2024 - 2026
Gandingan Pengerusi dengan Naib Pengerusi (Lelaki)
Hj Sabil b Md Saleh, mantan Pemeriksa Kira-Kira
Pengenalan gambar, dari kiri ke kanan: Hjh Siti Roslin bt Sajat, Hjh Siti Eshah bt Hanafi, Hjh Zainun bt Muskam, Hjh Musripah bt Hj Razak, Cikgu Zaini bt Khalid, Hjh Jamaah bt Jaafar, Hjh Kamariah bt Kadir; dan Hjh Shamsiah bt Mokhtar (duduk)
Hj Ismail b Ahmad, mantan Setiausaha 1994 - 2010 bersama isteri, Hjh Habsah bt Kadir, AJK Persatuan
Mesyuarat Agung Dwitahunan 5PM Daerah Cawangan Kuala Selangor kali ke-16 telah diadakan di De Palma Eco Resort pada 24/04/2024 (Rabu) bermula 9:00 pagi - 12:00 tengah hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)